Tahun 2023 menyaksikan negara beransur-ansur bangkit daripada pandemik dan pemulihan ini bermakna kita kembali menjalani kehidupan secara normal. Seiring dengan itu, ia membuka peluang kepada Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) untuk mengisi kalendar kami dengan inisiatif yang memberi impak bermakna. Yayasan memanfaatkan kekuatannya dan bersama dengan rakan-rakan, kami terus memperteguh peranan kami sebagai pengintegrasi sistem di antara Johor Corporation (JCorp) dan Syarikat Kumpulannya serta pelbagai pihak luar yang berkepentingan demi melaksanakan agenda kelestarian dan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kumpulan.
Pengerusi Yayasan Johor Corporation
Ketua Pegawai Eksekutif
Kami berhasrat memupuk modal insan berkualiti dan menyumbang ke arah kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan mengutamakan pendidikan.
Membantu warga Malaysia yang kurang mendapat perhatian memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti
Meningkatkan peluang pekerjaan bagi masyarakat yang kurang mendapat perhatian
Menyediakan modal insan - menghasilkan bakat yang memiliki kemahiran masa depan
Sumbangan berjumlah RM1.33 juta untuk inisiatif pendidikan
10 program telah dilaksanakan dengan
lebih
4,000 pelajar mengambil bahagian daripada
106 buah sekolah dan universiti
Melibatkan lebih 40 anggota pekerja yang membantu kami melaksanakan program
Yayasan JCorp terus memainkan peranan kami dalam memelihara seni, budaya dan warisan kerana ia merupakan medan untuk mendidik, memiliki daya tarikan dan pengaruh terhadap masyarakat, di samping dapat memupuk bakat dan kreativiti.
Menjadi tonggak utama Johor dalam memperjuangkan seni, budaya dan warisan
Memberi nafas baharu kepada Johor sebagai destinasi pelancongan pilihan
RM803,000 diperuntukkan bagi penganjuran acara yang dianjurkan
6 inisiatif dijayakan
520 artis dan usahawan tempatan
Melibatkan lebih 30,000 orang daripada komuniti setempat di samping pelancong tempatan dan antarabangsa
Pendapatan yang dijana oleh artis tempatan berjumlah RM50,000
Di Yayasan JCorp, kami percaya bahawa memelihara dan memulihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kolektif untuk melindungi kedua-dua manusia dan bumi ini.
Johor sebagai negeri hijau dan sifar karbon
Menerajui agenda Hijau Kumpulan JCorp
Memartabatkan Johor sebagai hab biodiversiti - pokok bakau, taman negara dan lain-lain
RM1.8 juta diperuntukkan bagi inisiatif alam sekitar
Melibatkan lebih
1,000 peserta dalam aktiviti yang
dianjurkan
Menyumbang kepada lebih1,000 penerima manfaat daripada pelbagai latar masyarakat
Lebih
300 kg sampah sarap dikutip
menerusi aktiviti pembersihan
Sebanyak 50 terumbu karang telah ditanam
Yayasan JCorp mengiktiraf kepentingan memupuk komuniti yang berdaya tahan dan mengutamakan kesejahteraan komuniti bagi memastikan pembangunan yang lestari, menangani cabaran sosial dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Berganding bahu dengan pihak berkepentingan, kami berusaha menyemai benih kemakmuran jangka panjang, agar memberi impak terhadap kehidupan mereka yang memerlukan.
Meningkatkan kewibawaan serta kepercayaan dalam kalangan pihak berkepentingan
Cemerlang dalam menggapai hasil dan meningkatkan kualiti hidup
Menjadi rakan yang dipercayai dalam melaksanakan usaha pemulihan bencana/menyokong masyarakat
RM1.4 juta diperuntukkan untuk kebajikan, kesihatan, bantuan bencana serta projek
Melibatkan 500 orang sukarelawan
Membantu 10,000 individu